• Contact Us

    +603-8913 9191

  • Email Us

    info@mnkservices.com

  • Recruitment

Dasar kabotaj perlu ditarik balik – MASTRA

BERITA HARIAN
18 Disember 2018

KUALA LUMPUR: Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) menyokong gesaan Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) agar kerajaan menarik balik pengecualian dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan membabitkan perkhidmatan kargo dari pelabuhan di Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MASTRA turut menyifatkan pengecualian dasar kabotaj itu sebagai langkah ke belakang yang tidak hanya mengancam kelangsungan industri perkapalan tetapi juga industri maritim tempatan.

“Malah ia bertentangan dengan dokumen Pelan Induk Perkapalan Malaysia (MSMP) 2017-2022.

“Menurut dokumen MSMP, sewaktu dasar kabotaj masih berkuat kuasa sehingga 2016, terdapat hampir 7,000 kapal asing yang diberi lesen berkhidmat di perairan Malaysia,” kata persatuan itu.

MASTRA berkata, tindakan kebergantungan kepada perkhidmatan kapal asing juga menyebabkan defisit imbangan pembayaran yang besar.

Pada 2016 misalnya, defisit ‘tidak tampak’ bagi khidmat perkapalan negara dianggarkan hampir RM25 bilion.

“Sehubungan itu, MSMP meletakkan objektif bagi meningkatkan bahagian pasaran sektor perkhidmatan pengangkutan/perkapalan maritim dengan mengambil bahagian dalam pasaran terpilih perkhidmatan pengangkutan/perkapalan maritim serantau dan global.

“MSMP juga mensasarkan bahawa 90 peratus (aktiviti) pengangkutan laut domestik menggunakan khidmat perkapalan tempatan,” katanya. – BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *